Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Afrika Selatan akan kemuka bukti dakwa Israel lakukan genosid di Gaza

Anggaran Waktu Membaca:
Afrika Selatan akan kemuka bukti dakwa Israel lakukan genosid di Gaza

(Gambar: Getty Images)

Diterbitkan : 11 Sep 2024 08:22PM Dikemas Kini : 11 Sep 2024 09:03PM
RAMALLAH: Afrika Selatan mengumumkan hasratnya untuk mengemukakan memorandum kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bulan depan, termasuk bukti yang menunjukkan Israel melakukan "jenayah genosid" di Palestin.

Menurut kenyataan yang diterbitkan di laman webnya, "Afrika Selatan akan menyerahkan memorandumnya kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa bulan depan", lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Ia menambah, "Afrika Selatan berhasrat untuk mengemukakan fakta dan bukti bagi menunjukkan bahawa Israel melakukan jenayah genosid di Palestin," dan menekankan bahawa "kes ini akan diteruskan sehingga mahkamah mengeluarkan keputusannya."

Afrika Selatan turut menyatakan harapannya agar "Israel mematuhi perintah sementara yang dikeluarkan oleh mahkamah setakat ini."

Kenyataan itu juga menyebut bahawa "beberapa negara, iaitu Nicaragua, Palestin, Turki, Sepanyol, Mexico, Libya dan Colombia, menyertai kes yang difailkan oleh Afrika Selatan terhadap Israel."

Pada hujung Disember 2023, Afrika Selatan memfailkan saman terhadap Israel di ICJ atas alasan bahawa ia melanggar Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1948 mengenai Pencegahan Jenayah Genosid.

Sejak 7 Oktober 2023, Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza dan menyebabkan sekitar 136,000 orang maut dan cedera, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, dan lebih 10,000 hilang.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan