Afrika hadapi wabak mpox kritikal; kes jangkitan jangkaui 50,000
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Aubin Mukoni / AFP)
ADDIS ABABA: Benua Afrika masih berdepan fasa kritikal wabak mpox setelah jumlah kes yang dilaporkan tahun ini melepasi paras 50,000, menurut amaran yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC).
Dalam taklimat media secara online pada Khamis (7 Nov), Ketua Pengarah Africa CDC, Jean Kaseya memaklumkan bahawa 19 negara Afrika melaporkan 50,840 kes mpox, dengan 10,741 kes disahkan dan 1,083 kematian dicatatkan sejak awal tahun ini.
Pada minggu lalu, benua itu melaporkan 2,532 kes baharu, termasuk 345 kes disahkan dan 32 kematian, lapor Xinhua.
Data daripada agensi kesihatan khas Kesatuan Afrika menunjukkan peningkatan lebih 545 peratus kes mpox yang disahkan di Afrika tahun ini berbanding tahun lalu.
Wilayah Afrika Tengah paling teruk terjejas, merangkumi 85.8 peratus kes yang dilaporkan dan 99.4 peratus kematian.
“Kami masih berada dalam fasa kritikal wabak ini, dan situasi ini memerlukan usaha berganda untuk mengawal penularan mpox di Afrika,” kata Cik Kaseya.
Menurut beliau, Republik Demokratik Congo (DRC) dan Burundi, dua negara yang paling teruk dilanda wabak ini menyumbang 86.7 peratus daripada semua kes baharu yang disahkan minggu lalu.
Mengulas kebimbangan terhadap peningkatan kes mpox di Uganda, Ketua Africa CDC memaklumkan bahawa 14 negara Afrika kini menghadapi penularan aktif virus mpox.
Beliau turut menyebut empat negara Afrika, iaitu Cameroon, Gabon, Guinea, dan Afrika Selatan, tidak melaporkan sebarang kes yang disahkan dalam tempoh enam minggu lalu.
Namun, Cik Kaseya menegaskan bahawa walaupun sesetengah negara tidak melaporkan kes untuk beberapa minggu berturut-turut, mereka tetap berisiko tinggi disebabkan oleh penularan rentas sempadan.
Cik Kaseya juga meluahkan kebimbangan mengenai kesan penyakit komorbiditi, iaitu kehadiran dua atau lebih penyakit atau keadaan perubatan serentak dalam seorang pesakit. Ini kerana kadar kematian mpox berkait rapat dengan HIV, terutama bagi kes HIV yang tidak diurus dengan baik atau baru didiagnosis.
“Komorbiditi memainkan peranan utama seperti yang kita lihat pada kematian di Uganda dan Kenya baru-baru ini dan dua kematian di Afrika Selatan juga berkait dengan HIV. Oleh itu, kami menggalakkan ujian serentak bagi mpox dan HIV,” katanya lagi.
Mpox, yang turut dikenali sebagai cacar monyet, pertama kali dikesan pada monyet makmal pada 1958.
Pada pertengahan Ogos lalu, Africa CDC mengisytiharkan wabak mpox sebagai kecemasan kesihatan awam.
Tidak lama selepas itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan di peringkat antarabangsa dan meningkatkan tahap amaran global bagi mpox buat kali kedua dalam tempoh dua tahun.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.