Skip to main content

Dunia

Africa CDC beri amaran kekurangan dana jejas ujian klinikal rawatan Ebola Bundibugyo

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC) pada Selasa (30 Jun) memberi amaran ujian klinikal bagi menilai rawatan untuk strain Ebola Bundibugyo berisiko gagal untuk diteruskan sekiranya pembiayaan segera tidak disalurkan, lapor Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Africa CDC beri amaran kekurangan dana jejas ujian klinikal rawatan Ebola Bundibugyo

Setakat ini, tiada vaksin atau rawatan yang dilesenkan bagi Ebola strain Bundibugyo, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC). (Gambar fail: AP)

Diterbitkan : 02 Jul 2026 08:01AM
  • Africa CDC memberi amaran bahawa ujian klinikal rawatan Ebola Bundibugyo di DRC berisiko gagal tanpa pembiayaan segera sebanyak AS$18 juta.
  • Ujian klinikal ini dilancarkan minggu ini di zon kesihatan Bunia, dengan kerjasama penyelidik klinikal dan rakan pembangunan.
  • Tiada vaksin atau rawatan berlesen untuk strain Bundibugyo, menjadikan wabak ini cabaran besar dari segi saintifik dan operasi.
  • Kekurangan dana boleh memburukkan penularan Ebola di DRC dan Uganda serta meningkatkan risiko ke peringkat serantau dan antarabangsa.
Dijana oleh AI
ADDIS ABABA: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC) pada Selasa (30 Jun) memberi amaran ujian klinikal bagi menilai rawatan untuk strain Ebola Bundibugyo berisiko gagal untuk diteruskan sekiranya pembiayaan segera tidak disalurkan, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan, Africa CDC memuji Republik Demokratik Congo (DRC), penyelidik klinikal dan rakan pembangunan atas pelancaran ujian klinikal minggu ini bagi menilai calon rawatan untuk strain Bundibugyo di zon kesihatan Bunia, sambil menggesa pembiayaan segera sebanyak AS$18 juta (S$23.32 juta) bagi memastikan penyelidikan itu dapat diteruskan.

"Ujian klinikal bagi rawatan Ebola perlu dimulakan minggu ini.

"Tiada vaksin atau rawatan yang dilesenkan bagi virus jenis Bundibugyo, dan tanpa pembiayaan segera, usaha menangani wabak ini berisiko gagal," menurut agensi kesihatan awam Kesatuan Afrika itu.

Menurut Africa CDC, masih terdapat kekurangan dana yang ketara bagi pelaksanaan ujian klinikal dan menggesa rakan dua hala serta pelbagai hala menyalurkan pembiayaan berkenaan dalam tempoh beberapa hari.

Menurut agensi itu, wabak Ebola Bundibugyo yang sedang menular berbeza daripada wabak Ebola sebelum ini kerana belum terdapat vaksin atau rawatan khusus yang dilesenkan bagi strain berkenaan, sekali gus menjadikannya cabaran yang besar dari sudut saintifik dan operasi.

Agensi itu memberi amaran bahawa keadaan itu boleh menyebabkan penularan wabak menjadi lebih meluas, memburukkan lagi krisis kemanusiaan serta meningkatkan risiko penularan ke peringkat serantau dan antarabangsa.

Ujian klinikal itu dijalankan ketika wabak Ebola terus merebak di DRC dan Uganda.

Pada masa yang sama, pelbagai cabaran operasi menimbulkan kebimbangan bahawa penularan wabak itu boleh menular di luar kawalan.

Awal dari itu, dalam satu temu bual bersama Xinhua baru-baru ini, Ketua Pengarah Africa CDC Jean Kaseya menyifatkan ketiadaan vaksin atau rawatan khusus yang dilesenkan untuk virus jenis Bundibugyo sebagai "cabaran operasi paling kritikal" dalam usaha membendung wabak Ebola ketika ini.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita