Skip to main content

Dunia

Afghanistan mula ekstrak minyak

Anggaran Waktu Membaca:
Afghanistan mula ekstrak minyak

Gambar: Flickr

Diterbitkan : 09 Jul 2023 03:07PM
ANKARA: Pemerintah Taliban mula mengekstrak minyak dari telaga di utara Afghanistan, lapor Agensi Anadolu pada Sabtu (8 Jul).

“Keutamaan akan diberikan bagi menggaji kakitangan teknikal dan bukan teknikal dan pembinaan semula lombong menggunakan hasil Sar-e-Pul,” pemangku Menteri Lombong dan Petroleum Sheikh Shahabuddin Delawar dipetik sebagai berkata oleh Agensi Berita Bakhtar.

Encik Delawar berucap di majlis perasmian telaga petroleum Qashqari di wilayah Sar-e-Pul.

Qashqari mempunyai 10 telaga dan 200 tan minyak sedang diekstrak daripada sembilan telaga setakat ini, lapor Kabul Times, memetik kenyataan Kementerian Perlombongan dan Petroleum.

Taliban berharap dapat meningkatkan kapasiti pengekstrakan dari Qashqari kepada lebih 1,000 tan.

Tahun lalu, Taliban menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat China untuk mengekstrak minyak dari Sar-e-Pul.

Pada Januari, pemerintah sementara itu juga menandatangani kontrak 25 tahun dengan firma China untuk mengeluarkan minyak dari lembangan Sungai Amu dan membangunkan rizab minyak di utara.

Mengikut kontrak, syarikat China akan melabur AS$150 juta (S$202 juta) pada tahun pertama dan meningkatkannya kepada AS$540 juta (S$729 juta) dalam tempoh tiga tahun.

Afghanistan dianggarkan memiliki sumber yang belum diterokai bernilai lebih AS$1 trilion (S$1.3 trilion), yang menarik minat pelabur asing, menurut Agensi Berita Bakhtar.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita