Afghanistan dilanda gempa sekuat 5.9 skala Richter
Lapan orang terbunuh manakala seorang kanak-kanak cedera pada Jumaat (3 Apr) apabila sebuah rumah runtuh di Kabul menyusuli gempa bumi di Afghanistan, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara itu.
Seorang lelaki membersihkan runtuhan dari sebuah rumah yang rosak akibat gempa bumi, di wilayah Samangan, Afghanistan, pada 4 November 2025. (Gambar: REUTERS/Sayed Hassib)
Gempa bumi sekuat 5.9 pada skala Richter itu melanda wilayah Hindu Kush di Afghanistan pada Jumaat, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ).
Gempa berlaku pada kedalaman 177 kilometer, menurut GFZ.
Gegaran kuat turut dirasai di Islamabad, Pakistan, Kabul, Afghanistan serta ibu kota India, New Delhi, menurut saksi Reuters.
Afghanistan, yang dikelilingi kawasan pergunungan yang lasak, terdedah kepada pelbagai bencana alam.
Gempa bumi di Afghanistan merupakan antara yang paling dahsyat, menyebabkan purata kira-kira 560 kematian setiap tahun.
Gempa sekuat magnitud 6.3 pada skala Richter yang melanda negara itu pada November lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang dan memusnahkan ratusan buah rumah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.