Skip to main content

Dunia

Afghanistan bina bandar baharu bagi 4,000 pelarian yang pulang ke tanah air

Anggaran Waktu Membaca:
Afghanistan bina bandar baharu bagi 4,000 pelarian yang pulang ke tanah air

Seorang lelaki berjalan berhampiran beberapa kanak-kanak di sisi kenderaan yang sarat dengan barangan milik warga Afghanistan yang cuba pulang ke negara mereka, selepas Pakistan menutup lintasan sempadan dengan Afghanistan, di lintasan sempadan Chaman, Wilayah Balochistan, Pakistan, pada 16 Oktober 2025. (Gambar: REUTERS/Saeed Ali Achakzai)

Diterbitkan : 27 Dec 2025 10:04PM Dikemas Kini : 27 Dec 2025 10:05PM

KABUL: Pihak berkuasa Afghanistan akan membina sebuah perbandaran kediaman baharu bagi menempatkan 4,000 keluarga yang pulang ke tanah air di wilayah Kandahar, selatan negara itu, lapor agensi berita Xinhua yang menukil media tempatan TOLOnews.

Perbandaran itu akan dibangunkan di atas kawasan seluas 3,000 ekar (1,214 hektar) di daerah Zhari, Kandahar, dan akan merangkumi kawasan perumahan serta kemudahan awam utama seperti sekolah, pusat kesihatan dan sistem bekalan air, menurut laporan berkenaan.

Proses pengagihan tanah kepada keluarga yang pulang bermula di daerah Daman dan Zhari, melibatkan kira-kira 5,000 keluarga, manakala projek perumahan tambahan turut dirancang di beberapa daerah lain bagi memenuhi keperluan golongan yang pulang ke tanah air di seluruh negara.

Afghanistan mencatatkan peningkatan ketara jumlah pelarian yang pulang ke tanah air sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Data daripada Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menunjukkan hampir 2.8 juta rakyat Afghanistan pulang dari negara jiran setakat tahun ini.

Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita