Aerotrain KLIA dijangka beroperasi mulai 31 Jan 2025
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Bernama)
SEPANG: Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka beroperasi semula menjelang 31 Jan 2025, kata Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke.
Beliau berkata sepasang Aerotrain sudah tiba minggu lepas, dan kini sedang memasuki fasa pemasangan sebelum seterusnya kepada fasa pemeriksaan.
“Fasa ini sudah tentu mengambil masa kira-kira empat bulan dan jika semuanya berjalan lancar, kita dijangka mula beroperasi pada 31 Januari tahun depan,” katanya selepas meninjau dan memeriksa Aerotrain baharu di Terminal 1 KLIA di Sepang pada Isnin (2 Sep).
Menurutnya, pemeriksaan dinamik akan dimulakan pada Oktober ini, dengan Aerotrain akan diuji menggunakan trek sebenar serta melakukan perkhidmatan berulang-alik.
“Sehubungan itu, saya ingin menjelaskan kepada penumpang dan orang ramai supaya sekiranya melihat Aerotrain beroperasi, ia adalah ujian untuk memastikan kesemuanya berjalan lancar,” katanya.
Encik Loke berkata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) perlu melaksanakan pemantauan rapi dan memastikan semua proses serta ujian dijalankan dengan baik supaya tidak ada lagi kelewatan.
“Tahun depan adalah tahun utama untuk negara kerana akan mempengerusikan ASEAN dan mesyuarat antarabangsa, dan tentunya kita mengharapkan Aerotrain ini bersedia,” katanya.
Menurut Encik Loke, secara keseluruhan, MAHB akan menerima tiga pasang Aerotrain dan setiap set mempunyai tiga koc yang boleh menampung kapasiti seramai 270 penumpang.
“Set yang ketiga akan tiba pada Oktober dan dijadikan tren simpanan,” katanya.
Beliau berkata perkhidmatan bas pengantara yang sebelum ini digunakan untuk menggantikan Aerotrain, akan diteruskan sebagai pilihan kepada penumpang berikutan pergerakan besar penumpang pada masa ini.
Pada Mac 2022, MAHB mengumumkan bahawa ia sudah menganugerahkan Projek Penggantian Aerotrain KLIA, yang mempunyai garis masa untuk disiapkan selama tiga tahun.
Bagaimanapun, projek berkenaan mengalami kelewatan dan disusuli dengan penganugerahan projek baharu pada Januari 2024 kepada konsortium merangkumi Alstom, pengeluar peralatan asal Aerotrain dan JMC-Pestech JV untuk mengemudi projek itu agar kembali kembali ke landasan asal.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.