AEON Mall Klebang kembali beroperasi selepas ditutup gara-gara ancaman bom
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Zulfadli Zulkarnain/Facebook
IPOH: Pusat beli-belah AEON Mall Klebang akan beroperasi seperti biasa hari ini (24 Ogos) selepas mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa tentang keselamatan premis itu berikutan kes panggilan yang dipercayai ancaman bom.
Pihak pengurusan AEON Co (M) Bhd memaklumkan perkara itu melalui hantaran di laman Facebook malam semalam (23 Ogos).
"Selepas pengesahan daripada pihak berkuasa tentang keselamatan premis, AEON kembali memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami. Kami akan beroperasi semula seperti biasa esok, Khamis (24 Ogos 2023) pada 10.00 pagi.
"Kami memohon maaf atas kesulitan dan amat menghargai kesabaran dan sokongan berterusan anda," katanya.
Petang semalam, bangunan AEON Mall Klebang dikosongkan berikutan panggilan dipercayai ancaman bom.
Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan menghantar pasukan polis dan bantuan bomba untuk memeriksa lokasi terbabit.

Sumber : Bernama/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.