Skip to main content

Dunia

ADUN Lendu Sulaiman Md Ali angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka awal pagi ini (21 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
ADUN Lendu Sulaiman Md Ali angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 21 Nov 2021 02:41PM Dikemas Kini : 21 Nov 2021 02:42PM

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka awal pagi ini (21 Nov).

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia berkenaan dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Dewan Seri Utama.

Turut hadir isteri Mohd Ali, Toh Puan Asmah Abd Rahman, Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO Ismail Sabri Yaakob, Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA Wee Ka Siong dan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Najib Tun Razak.

Sulaiman, 55, sebelum ini dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka jika BN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ini merupakan kali kedua Sulaiman dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka selepas pertama kali dilantik ke jawatan berkenaan pada tahun lepas.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita