Aduan polis berhubung kes Muhyiddin dibuat oleh Istana Pahang, bukan kerajaan: Fahmi Fadzil
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Bernama)
PUTRAJAYA: Pertuduhan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin di bawah Akta Hasutan di mahkamah baru-baru ini bukan berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh pihak kerajaan, sebaliknya wakil Istana Pahang.
Menteri Komunikasi Malaysia Fahmi Fadzil berkata kerajaan tidak masuk campur dalam hal itu.
"...penting diingatkan, laporan polis yang asal adalah dari Istana Pahang sama seperti kes hasutan yang dikenakan terhadap Menteri Besar Kedah (Muhammad Sanusi Md Noor)... laporan polis dibuat oleh wakil dari Istana Selangor," katanya pada sidang media di Putrajaya pada Rabu (28 Ogos).
Justeru itu, beliau mengingatkan semua pihak supaya mengelak daripada membangkitkan isu berkaitan raja, agama dan kaum.
Mengulas mengenai dakwaan kononnya Akta Hasutan dijadikan alat pendakwaan politik ke atas para pemimpin PN, Encik Fahmi berkata perkara itu adalah tidak benar.
Beliau berkata akta tersebut adalah bagi melindungi Institusi Raja-Raja memandangkan ia tiada forum untuk menjawab tomahan dan berdebat seperti Ahli Parlimen, ahli politik mahupun orang awam.
"Jadi di situ pemikiran dan pendirian kerajaan, kita kena pastikan Institusi Raja-Raja ini bukan hanya berdaulat tapi juga dipertahan," katanya.
Semalam (27 Ogos), Encik Muhyiddin didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Gua Musang susulan ceramah beliau yang dikatakan menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri.
Encik Muhyiddin bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.