Adly Zahari dilantik Naib Presiden Amanah
Bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dilantik sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) bagi mengisi kekosongan selepas Husam Musa meletakkan jawatan pada September tahun lalu.

Bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dilantik sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah). (Gambae: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dilantik sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) bagi mengisi kekosongan selepas Husam Musa meletakkan jawatan pada September tahun lalu.
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata pelantikan Encik Adly, yang juga Pengerusi Amanah Melaka, selaras dengan aspirasi parti untuk menampilkan lebih ramai pemimpin pelapis untuk menerajui kepimpinan parti dan negara di masa hadapan.
"Kami yakin pelantikan ini akan mengukuhkan lagi imej Parti Amanah Negara sebagai parti yang membawa mesej 'Rahmatan lil aalamin' dalam kalangan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan hari ini (6 Sep).
Beliau berkata Amanah turut melantik Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim sebagai Bendahari Agung parti menggantikan Encik Adly.
Encik Adly, 50 tahun, sebelum ini pernah menyandang jawatan Ketua Menteri Melaka bermula 11 Mei 2018 sehingga 2 Mac 2020 setelah Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ketika dalam parti PAS, beliau pernah memegang beberapa jawatan termasuk Pesuruhjaya PAS Melaka, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.
Pada September tahun lalu, Encik Husam meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Amanah namun kekal sebagai ahli parti itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.