Adik-beradik pengantin tampil sebagai 'adiwira' di majlis persandingan Kelantan
Empat adik-beradik lelaki di Malaysia mencetuskan 'huru-hara' di media sosial pada Ahad (15 Dis) apabila masing-masing menggayakan kostum wira di majlis perkahwinan adik perempuan bongsu mereka hujung minggu lalu.
Pasangan mempelai diapit empat wira semasa majlis perkahwinan mereka. (Gambar: Fadhil Aman Ahyat II/Facebook)
PETALING JAYA: Empat adik-beradik lelaki di Malaysia mencetuskan 'huru-hara' di media sosial pada Ahad (15 Dis) apabila masing-masing menggayakan kostum wira di majlis perkahwinan adik perempuan bongsu mereka hujung minggu lalu.
Dengan berpakaian seperti Spiderman, Deadpool dan Masked Rider, adik-beradik Syahiera Sabri mengiringi beliau semasa perarakan sehingga mempelai sampai ke jinjang pelamin dalam satu majlis persandingan di Kelantan.
Hari istimewa itu dirakamkan dalam gambar oleh jurugambar Fadhil Aman Ahyat yang kemudian mengongsikan gambar-gambar pasangan pengantin itu bersama wira-wira undangan mereka secara online.
Catatan Fadhil menerima lebih 6,800 perkongsian di Facebook setakat ini, lapor Malay Mail.
Para pengguna media sosial Malaysia tidak dapat menahan ketawa tatkala melihat gelagat selamba adik-beradik Cik Syahiera yang sekali gus membangkitkan suasana cukup meriah di majlis tersebut.
"Saya yakin suaminya tidak berani untuk mencetuskan masalah selepas ini," tulis seorang pengguna Najwa Zaidi seperti ditukil Malay Mail.
"Ia ibarat memberi amaran kepada pengantin lelaki. Jika apa-apa berlaku kepada adik perempuan mereka, beliau akan menerima hayunan tendangan daripada Spiderman," tulis seorang lagi pengguna Wan Mohamad Fadhli.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.