Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Adik beradik diberkas, pakat buat bom

Dua saudara kembar ditangkap di bandar New York atas dakwaan merancang membuat bom.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Feb 2018 05:43PM Dikemas Kini : 17 Feb 2018 12:31AM

NEW YORK: Dua saudara kembar ditangkap di bandar New York atas dakwaan merancang membuat bom.

Christian dan Tyler Toro dituduh cuba membuat bahan letupan termasuk membayar beberapa pelajar untuk membuka bunga api bagi mendapatkan serbuknya.

Christian pernah mengajar di sebuah sekolah tinggi kawasan Harlem. Namun dia meletak jawatan sejurus seorang pelajarnya memberitahu pihak sekolah tentang ancaman bom pada 4 Disember lalu.

Pihak berkuasa menyatakan ia menemui lebih 14 kilogram pelbagai jenis kimia yang digunakan untuk membuat bahan letupan, di rumah dua beradik itu di Bronx.

Unit perisikan dan antipengganasan polis New York menyatakan dua beradik itu tidak pernah dalam pantauannya.

Di mahkamah, dua beradik itu tidak mengaku salah.

Mereka kini dalam tahanan dan akan kembali ke mahkamah pada Rabu depan (21 Feb).

Sumber : Reuters/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan