Skip to main content

Dunia

Adik bekas anggota GISBH didakwa diliwat penjaga asrama, tidak dibenarkan dapat rawatan

Anggaran Waktu Membaca:
Adik bekas anggota GISBH didakwa diliwat penjaga asrama, tidak dibenarkan dapat rawatan

Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) di Rawang, Selangor. (Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 20 Oct 2024 10:43AM Dikemas Kini : 20 Oct 2024 12:40PM
SHAH ALAM: Seorang bekas pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mendedahkan terpaksa membuat laporan polis selepas mendakwa adiknya yang berusia sembilan dan tujuh tahun diajar untuk meliwat.

Wanita itu yang enggan dikenali mendakwa, adiknya turut menjadi ketagih untuk melakukan perkara terkeji itu kerana pernah menjadi mangsa liwat penjaga asrama rumah kebajikan di bawah naungan GISBH itu sejak tahun 2021.

Menurut wanita berkenaan disebabkan isu itu, ibu dan adiknya dikenakan tindakan kuarantin oleh organisasi itu di Melaka, lapor Sinar Harian.

“Bila disiasat rupa-rupanya adik saya mengaku ketagih untuk melakukan perbuatan itu namun saya tidak dibenarkan membawa kedua-duanya keluar dari asrama terbabit.

“Saya juga tidak dibenarkan bawa adik ke hospital untuk dapatkan rawatan psikiatri malah adik saya dipukul dan didera sedangkan yang mengajar perkara tak elok itu ialah penjaga asrama rumah kebajikan berkenaan,” katanya.

Wanita itu berkata demikian ketika ditemu bual dalam podcast pendakwah bebas, Ustaz Syihabudin Ahmad yang disiarkan di TikToknya baru-baru ini.

Jelas wanita itu, dia turut diugut sepanjang masa melalui panggilan telefon dan mesej supaya menarik balik laporan polis yang dibuat.

“Mereka ugut saya macam-macam, sampai sabotaj perniagaan saya, tularkan kononnya saya dengki dan berniat jahat terhadap GISBH,” ujarnya, seperti dinukil laporan Sinar Harian.

Tambahnya lagi, paling tidak dapat diterima ialah adik dan ibunya dikurung dan dipulaukan oleh kumpulan tersebut kerana didakwa melakukan kesalahan besar.

Ujarnya, kedua-dua adiknya turut didera dengan cara ditekap dengan sudu panas hingga meninggalkan kesan kecederaan pada tubuh mereka.

“Saya akui ibu memang taasub dengan mereka, tapi saya ingin selamatkan adik-adik saya kerana mereka tidak boleh terus dikuarantin, sebaliknya perlu mendapat rawatan psikiatri dan pemeriksaan doktor.

“Mereka memang zalim dan berperangai binatang kerana sanggup melakukan perkara begitu terhadap kanak-kanak,” katanya.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita