Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

ADB gesa ASEAN tingkatkan mutu hidup demi bangunkan masyarakat berdaya tahan

Anggaran Waktu Membaca:
MANILA: ASEAN perlu berusaha untuk meningkatkan mutu hidup masyarakat di rantau ini untuk membina komuniti yang berdaya tahan dan kembali pulih dengan lebih cepat.

Demikian lapor Xinhua memetik laporan Bank Pembangunan Asia (ADB) pada Khamis (25 Mei).

Untuk mencapai kemajuan, rantau ini perlu memberi tumpuan dalam usaha memastikan rakyat boleh membaca, pintar matematik dan sains, pemakanan yang lebih baik selain akses kepada penjagaan kesihatan yang bermutu, menurut laporan bank yang berpangkalan di Manila itu.

"Ketika rantau ini pulih daripada pandemik, sistem kesihatan perlu diperkukuh, meningkatkan mutu pendidikan selain menambah baik pemakanan akan melengkapkan pekerja muda dari segi fizikal, mental, dan emosi serta meningkatkan produktiviti mereka," kata Ketua Pengarah ADB untuk Asia Tenggara Winfried Wicklein.

Laporan itu juga menggesa negara ASEAN supaya melabur dalam kemahiran digital, prasarana dan kewangan untuk mengurangkan kos perniagaan dan membangunkan rantau yang lebih berdaya saing.

Sekatan pandemik yang dilaksanakan di negara ASEAN menyebabkan penguncupan 3.2 peratus keluaran dalam negara kasar di rantau ini pada 2020, manakala pertumbuhan meningkat kepada 3.5 peratus pada 2021 dan 5.6 peratus pada 2022, menurut laporan itu.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan