Skip to main content

Dunia

Adakah benar naluri pramugari nahas Lion Air?

Sekeping gambar yang dimuatnaikkan ke laman Instagram seorang pramugari pesawat Lion Air JT610 lima hari lalu menerima perhatian para netizen baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Adakah benar naluri pramugari nahas Lion Air?

Alfiani Hidayatul Solikah antara 6 anak kapal dalam pesawat Lion Air JT610 ketika ia terhempas. (Gambar: @alfianihidayatulsolikah/Instagram)

Diterbitkan : 31 Oct 2018 07:47AM Dikemas Kini : 31 Oct 2018 07:52AM

JAKARTA: Sekeping gambar yang dimuatnaikkan ke laman Instagram seorang pramugari pesawat Lion Air JT610 lima hari lalu menerima perhatian para netizen baru-baru ini.

Instagram Alfiani Hidayatul Solikah dibanjiri doa setelah mendapat berita mengenai nahas pesawat Lion Air JT610 yang terhempas ke dalam laut kelmarin, beberapa minit selepas ia berlepas dari Jakarta.

Alfiani memuatnaikkan gambar dengan tulisan: "it's dark inside, i want save that light".

Dalam gambar itu, Alfiani dilihat berdiri sendirian di tengah-tengah sinaran cahaya lampu dikelilingi kegelapan.

View this post on Instagram

it's dark inside, i want save that light.

A post shared by Alfiani Hidayatul Solikah (@alfianihidayatulsolikah) on

Menurut DetikNews, Alfiani berasal dari Jawa Timur dan merupakan salah seorang pramugari pesawat tersrebut.

Rata-rata rakan dan netizen memenuhi ruang maklum balas dengan menzahirkan ucapan takziah kepadanya.

Netizen, Julistyoip, mendoakan agar Alfiani di bawah lindungan ALLAH SWT.

Rorisrei pula menyatakan: "ALLAH will save the light for you and bring you out from the dark. Al - Fatihah," seperti yang ditukil oleh DetikNews.

Difahamkan pesawat yang malang itu membawa seramai 189 penumpang dan anak kapal apabila nahas itu berlaku.

DetikNews melaporkan bahawa enam anak kapal pesawat Lion Air itu adalah Shintia Melina, Citra Noivita Anggelia, Alfiani Hidayatul Solikah, Damayanti Simarmata, Mery Yulianda, dan Deny Maula serta juruterbang Kapten Bhavye Saneja dan pembantu juruterbang, Harvino. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita