Skip to main content

Dunia

Ada pihak cuba renggangkan hubungan baik saya dengan Mahathir, kata Anwar Ibrahim

Encik Anwar Ibrahim berkata wujud percubaan sesetengah pihak untuk menimbulkan syak wasangka serta mengadu domba antara beliau dan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad menyusuli tindakan keluar parti beberapa Anggota Parlimen UMNO, baru-baru ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Ada pihak cuba renggangkan hubungan baik saya dengan Mahathir, kata Anwar Ibrahim

Gambar fail Anwar Ibrahim semasa wawancara eksklusif bersama Mediacorp.

Diterbitkan : 17 Dec 2018 07:42AM Dikemas Kini : 17 Dec 2018 07:45AM

KUALA LUMPUR: Encik Anwar Ibrahim berkata wujud percubaan sesetengah pihak untuk menimbulkan syak wasangka serta mengadu domba antara beliau dan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad menyusuli tindakan keluar parti beberapa Anggota Parlimen UMNO, baru-baru ini.

Presiden PKR itu mendakwa bahawa tindakan itu berniat untuk merenggangkan hubungannya dengan Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Saya ambil maklum wujudnya andaian dan tanggapan yang sudah ditimbulkan pelbagai pihak berkait Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang meninggalkan parti tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dihantar melalui aplikasi Whatsapp pada Ahad (16 Dis).

Beliau turut menyatakan sokongannya terhadap usaha dan kepimpinan Dr Mahathir serta akan terus bekerjasama dengan beliau untuk menzahirkan agenda reformasi seperti yang sudah dipersetujui.

“Pakatan Harapan sudah diberi mandat untuk menjana perubahan ke arah tatakelola pemerintahan yang menolak rasuah, keangkuhan dan perkauman sempit,” kata beliau.

Encik Anwar juga berkata tumpuan kini juga adalah untuk memacu pertumbuhan dan meringankan beban rakyat terutama dalam kalangan golongan berpendapatan rendah. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita