Ada kerumitan ekstradisi Jho Low, kata menteri M'sia
Anggaran Waktu Membaca:

Ahli perniagaan Malaysia, Jho Low. (Gambar: Jho Low/ Facebook)
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Jaafar berkata bukan mudah untuk membawa balik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low ke negara tersebut.
Encik Wan Junaidi berkata kerumitan untuk mengekstradisi Jho Low dari China adalah kerana beliau percaya kerajaan Malaysia dan China tidak ada menandatangani perjanjian ekstradisi.
"Jadi kita tidak boleh salahkan kerajaan daripada sudut ini kerana kita belum ada persetujuan dengan sesuatu negara tertentu," katanya.
"Kalau kita mohon pun, kalau China kata ini permohonan biasa diplomatik sahaja, dia boleh tidak mengendahkannya. Jadi, dalam keadaan sedemikian ini, ia mungkin menghalang pihak-pihak berkuasa kita seperti polis, Kementerian Dalam Negeri bertindak dalam soal sini," tambahnya.
Encik Wan Junaidi berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Universiti Malaya-Universiti Nasional Singapura Hibrid: Pindaan Perlembagaan dan Struktur Asas di Malaysia, di Kuala Lumpur pada Jumaat (14 Okt).
Ketika ditanya “Adakah mustahil untuk membawa pulang Jho Low?”, Encik Wan Junaidi berkata: “Saya tidak kata mustahil tetapi ia bukannya mudah.”

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.