Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Aceh tubuh 'skuad rotan' wanita

Presiden Indonesia Joko Widodo menggesa agar hukuman sebat di khalayak ramai dihentikan, namun gesaan itu tidak dipedulikan kerana ia tetap dilaksanakan di Aceh.

Anggaran Waktu Membaca:
Aceh tubuh 'skuad rotan' wanita

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 29 Jan 2020 11:54PM Dikemas Kini : 29 Jan 2020 11:59PM

BANDA ACEH: Presiden Indonesia Joko Widodo menggesa agar hukuman sebat di khalayak ramai dihentikan, namun gesaan itu tidak dipedulikan kerana ia tetap dilaksanakan di Aceh.

Tidak seperti wilayah lain di Indonesia, Aceh mengamalkan undang-undang Syariah sebagai sebahagian daripada perjanjian autonomi 2005 yang dipersetujui dengan pemerintah pusat yang menamatkan pemberontakan selama berdekad-dekad.

Di Aceh, hukuman sebat di khalayak ramai ditetapkan sebagai hukuman bagi para pesalah yang terlibat dalam perjudian, melakukan zina, meminum arak dan hubungan gay serta hubungan seks luar nikah.

Tugas melaksanakan hukuman sebat itu lazimnya dilakukan oleh kaum lelaki.

TIADA BELAS KASIHAN

Kini lebih ramai wanita didakwa atas jenayah moral seperti mengadakan hubungan seks luar nikah. Menurut pakar-pakar, ia disebabkan oleh akses kepada internet dan globalisasi yang menyebabkan percanggahan dengan norma kebudayaan dan agama tempatan.

Penguatkuasaan juga sudah meningkat dan Aceh kini dilaporkan berusaha mematuhi undang-undang Syariah yang menetapkan pesalah wanita hendaklah disebat oleh kaum wanita. Ini sudah pun berlaku di Malaysia.

Proses meyakinkan golongan wanita untuk menyertainya bukanlah mudah dan mengambil masa bertahun-tahun untuk menubuhkan pasukan sebat wanita yang pertama, kata Encik Safriadi yang mengetuai Unit Pelaksana Syariah Banda Aceh.

Lapan wanita yang semuanya Pegawai Syariah bersetuju untuk menjadi tukang sebat wanita, dan diberikan latihan serta dinasihati menggunakan teknik yang betul bagi mengehadkan kecederaan.

Sebelum ini, 12 lelaki melaksanakan hukuman sebat di bandar itu dengan bayaran yang tidak ditentukan.

Atas dasar keselamatan, para pegawai Aceh enggan membenarkan tukang sebat, yang lazimnya memakai topeng dan uniform berwarna perang, diwawancara oleh pihak media. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan