Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Acara pembukaan 'Thai Hot Guy' di KL dibatalkan, kelab malam mohon maaf

Anggaran Waktu Membaca:
Acara pembukaan 'Thai Hot Guy' di KL dibatalkan, kelab malam mohon maaf

(Gambar: Malaysia Pub 马来西亚酒吧/Facebook)

KUALA LUMPUR: Acara pembukaan kelab malam Privacy Club Tun Razak, 'Thai Hot Guy’ dibatalkan menyusuli amaran keras pihak polis dan bantahan pelbagai pihak, lapor Malaysiakini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata mereka sudahpun memberikan amaran keras kepada penganjur dalam pertemuan pada awal petang Rabu (22 Mac).

“Amaran keras telah diberikan oleh pihak polis kepada pihak penganjur agar program tersebut tidak diteruskan dan dibatalkan.

“Pihak penganjur dan pengurusan akur untuk membatalkan program tersebut dan tiada sebarang program atau aktiviti yang tular sebelum ini akan diadakan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, polis akan membuat pemantauan berterusan ke atas premis tersebut dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang.

Sementara itu, Privacy Club Tun Razak memohon maaf kepada orang ramai menyusuli kontroversi melibatkan acara pembukaannya yang dijadual minggu depan.

Kelab malam di Kuala Lumpur itu berkata mereka menghormati sensitiviti agama di Malaysia dan tidak akan melanggar undang-undang yang ditetapkan.

“Kami sekali lagi memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan atas dasar menghormati sensitiviti kaum dan agama, program tersebut telah dibatalkan,” Malaysiakini memetik kenyataan Privacy Club Tun Razak.

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menjalankan apa-apa aktiviti yang melanggar undang-undang sehingga menggugat ketenteraman awam.

Pada Ahad lalu, kelab berkenaan menyiarkan poster pelancarannya dalam media sosial menampilkan persembahan oleh pelayan lelaki berbadan sasa berpakaian wanita dikenali sebagai 'Thai Hot Guy' sekali gus mengundang reaksi negatif orang ramai.

Acara itu dikatakan akan diadakan pada 30 Mac di Privacy Club Tun Razak, Kuala Lumpur.
Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan