Acara pemberian hadiah PlayStation di New York bertukar jadi huru-hara
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AP
NEW YORK: Pemberian hadiah PlayStation anjuran streamer Twitch Kai Cenat di Union Square New York City bertukar huru-hara apabila kira-kira 1,000 orang membanjiri kawasan itu, hingga mencetuskan konfrontasi dengan polis.
Sebelum ini di platform X (Twitter), Cenat mengumumkan pemberian PS5 akan diadakan pada pukul 4.00 petang pada Jumaat (5 Ogos) tetapi orang ramai mula berkumpul di Union Square sekitar 1.30 tengah hari.
Menjelang 3.30 petang, keadaan menjadi tidak terkawal dengan orang ramai bertindak membaling objek dan polis melakukan penangkapan, lapor United Press International (UPI).
Pada kira-kira 4.25 petang, rakaman menunjukkan sebuah kenderaan yang berkemungkinan membawa Cenat, meninggalkan kawasan itu di saat orang ramai mula memanjat di atasnya.
Polis mengeluarkan arahan pengerahan Tahap Empat sebagai tindak balas terhadap kekacauan dan memberi amaran kepada orang ramai mengenai penangkapan tersebut.
Menjelang 6.00 petang, orang ramai sudah bersurai, meninggalkan sampah dan serpihan.
Sebuah bas yang membawa individu yang ditahan dilihat meninggalkan kawasan itu.
Ketua Polis NYPD Jeff Maddrey berkata para pegawainya mengeluarkan Cenat dari tempat kejadian sebagai langkah perlindungan terhadapnya dan dia kini dalam tahanan selepas pihak berkuasa mempertimbangkan untuk mendakwanya kerana menghasut.
Cenat, 21 tahun, mempunyai kira-kira 6 juta pengikut Twitch dan juga menyiarkan kandungan komedi di YouTube, di mana dia mempunyai lebih 4 juta pelanggan.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.