Abu Bakar Bashir kecam serangan di balai polis Ulu Tiram
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail Abu Bakar Bashir (Gambar: Reuters)
JAKARTA: Pengasas Jemaah Islamiyah (JI) Abu Bakar Bashir menggesa belia Islam agar tidak melakukan keganasan dan pembunuhan atas nama Islam.
Dalam video yang dihantar anaknya, Abdul Rahim Bashir kepada Malaysiakini, Abu Bakar mengecam serangan di balai polis Ulu Tiram di Johor, yang pada mulanya dikaitkan dengan JI.
"Saya mengecam keras perbuatan anak muda membunuh dua orang polis di Malaysia. Membunuh itu bukan ajaran Islam.
"Dalam Islam, apabila keadaan seperti ini, membela Islam cukup dengan dakwah dan doa, bukan dengan membunuh atau mengebom," kata Abu Bakar.
Pada Selasa (21 Mei), Rahim memberitahu Malaysiakini yang bapanya, sejak kembali ke Indonesia pada 1999, tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram.
Sekolah itu ditubuhkan pada 1993 dan dilaporkan menjadi tempat berkumpul sejumlah pengganas yang paling dikehendaki di rantau ini.
Dalam video pada Rabu (22 Mei), Abu Bakar menegaskan dia tiada kaitan dengan serangan tersebut, yang menyaksikan dua polis terbunuh dan seorang lagi cedera. Penyerang yang berusia 21 tahun ditembak mati di tempat kejadian.
"Saya sama sekali tidak terkait dengan peristiwa semacam itu dan saya tidak ada hubungan apa-apa (dengannya).
Dia juga menyifatkan serangan itu sebagai tindakan yang bertentangan dengan Islam.
"Saya nasihati pemuda-pemuda Islam, jangan ikut cara-cara yang keras, mudah mengkafirkan (orang lain) tanpa ada dalil dan alasan dalam Al-Quran.
"Kekerasan yang berlaku di Malaysia sama sekali bertentangan dengan Islam," katanya lagi.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.