Abe, Trudeau kata perjanjian perdagangan Pasifik tanpa AS bawa manfaat bersama
Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan rakan sejawatannya dari Kanada, Justin Trudeau berikrar untuk meluaskan perjanjian perdagangan bebas perkongsian rentas pasifik atau TPP.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan rakan sejawatannya dari Kanada, Justin Trudeau. (Gambar: Lars Hagberg/AFP)
OTTAWA: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan rakan sejawatannya dari Kanada, Justin Trudeau berikrar untuk meluaskan perjanjian perdagangan bebas perkongsian rentas pasifik atau TPP.
Bercakap di satu sidang media bersama di Ottawa, kedua-dua pemimpin mengalu-alukan kejayaan perjanjian yang diperbarui antara 11 negara itu dan berikrar untuk memperdalam hubungan dua hala mereka.
Perjanjian Perkongsian Rentas Pasifik Menyeluruh dan Progresif atau CPTPP dibentuk pada Disember lalu.
Ini termasuk Singapura, Malaysia, Australia, Jepun dan tujuh negara Lingkar Pasifik tetapi bukan Amerika Syarikat.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menarik diri dari perjanjian asal itu pada tahun 2017 yang beliau sifatkan sebagai membahayakan ekonomi Amerika.
Encik Abe dan Encik Trudeau berkata mereka telah menikmati faedah dari kerjasama itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.