Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Abdul Somad Batubara tidak serik datang ke S'pura, sifatkan ia sebahagian dari tanah Melayu

Anggaran Waktu Membaca:

JAKARTA: Ustaz Abdul Somad (UAS) menyatakan bahawa beliau tidak akan serik masuk ke Singapura.

Hal itu dinyatakan sendiri oleh UAS menyusuli insiden dirinya yang tidak dibenarkan masuk oleh Pemerintah Singapura pada Isnin lalu (16 Mei), seperti dinukil TribunNews.com

UAS berkata demikian apabila beliau disoal oleh wartawan kanan, Karni Ilyas, dalam wawancara di akaun Youtube Karni Ilyas Club, pada Rabu (19 Mei).

"Apakah dengan larangan masuk tempoh hari, Ustaz akan serik masuk ke Singapura?," tanya Encik Karni.

Menjawab soalan tersebut, UAS menegaskan bahawa beliau tidak akan serik pergi ke Singapura kerana Singapura merupakan tanah Melayu yang serumpun dengan Riau, lapor TribunNews.com

Sebagai orang Riau, UAS memandang Singapura seperti kampung halamannya.

"Kalau saya katakan saya serik ke Singapura, ia sama dengan apabila saya katakan saya serik datang ke Minangkabau. Ini kerana, Singapura adalah tanah Melayu. Nenek saya ada saudara, anak dan cucu di Singapura".

"Kami orang Riau melihat Singapura sebagai sebahagian tanah kami kerana Singapura di bawah pemerintahan Temasek selepas pemerintah Melayu Temasek berpindah ke Melaka. Pada abad ke-15, Melaka tumbang lalu menjadi kerajaan Johor. Pecahan Johor itulah Sri Indrapura Riau. Jadi kami serumpun".

"Bagaimana mahu rasa kesal, serumpun, kampung halaman. Secara suku kami Melayu" jelas Ustaz Abdul Somad (UAS) seperti dilapor TribunNews.com

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan