Abdul Hadi kekal Ahli Parlimen Marang, mahkamah tolak petisyen batal kemenangan di PRU15
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. (Gambar fail: BERNAMA)
KUALA TERENGGANU: Abdul Hadi Awang kekal sebagai Ahli Parlimen Marang selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu menolak petisyen yang difailkan calon Barisan Nasional (BN) untuk membatalkan kemenangan Presiden PAS itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi Hassan Abdul Ghani yang bersidang sebagai Hakim Pilihan Raya membuat keputusan itu selepas pihak pempetisyen, Jasmira Othman, gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Mahkamah turut memerintah pempetisyen membayar kos sebanyak RM50,000 (S$14,450) kepada Encik Abdul Hadi, lapor agensi berita Astro Awani.
Peguam yang mewakili Encik Abdul Hadi, Takiyuddin Hassan berkata, mereka berpuas hati dengan keputusan berkenaan yang disifatkan wajar dan menyeluruh.
Jelasnya seramai 10 orang saksi dipanggil bagi pihak pempetisyen dan tiga orang saksi bagi pihak responden.
"Konklusi yang dibuat Yang Arif Hakim (adalah) pempetisyen telah gagal membuktikan kes mereka pada tahap keraguan yang munasabah.
"Oleh sebab itu tidak ada, (jadi) beban itu tidak beralih kepada pihak responden untuk membuktikannya satu kes prima facie.
"Kalau dalam kes jenayah itu, dia panggil tidak dipanggil bela diri tapi oleh kerana petisyen ini separa jenayah, maka responden memberikan keterangan juga.
"Jadi keterangan responden itu telah meyakinkan dan diterima mahkamah, maka petisyen itu tidak diterima," katanya, dipetik daripada Astro Awani.
Beliau berkata demikian selepas keputusan petisyen berkenaan di Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu pada Selasa (27 Jun).
Pada 3 Januari lalu, Badan Perhubungan UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Ahmad Said, dilapor berkata petisyen itu difailkan antara lain atas dakwaan PAS menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 November 2022, beberapa hari sebelum PRU15 melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.
Pada PRU15 lalu, Encik Abdul Hadi memenangi kerusi Parlimen Marang dengan majoriti 41,729 undi menewaskan Jasmira; calon Pakatan Harapan (PH), Azhar Ab Shukur dan calon Pejuang, Dr Zarawi Sulong.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.