Skip to main content

Dunia

Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden PAS

Anggaran Waktu Membaca:
Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden PAS

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 22 Oct 2023 02:19PM Dikemas Kini : 22 Oct 2023 02:29PM
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Marang Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden PAS selepas diumumkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan jawatankuasa tertinggi parti itu bagi sesi 2023-2025.

Turut mengekalkan jawatan ialah Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden iaitu Idris Ahmad, Mohd Amar Abdullah dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga menang tanpa bertanding.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS, Dr Abdul Halim Tamuri pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69 yang berlangsung pada Ahad (22 Okt).

Encik Abdul Hadi, 76 tahun, menyandang kerusi Presiden PAS sejak dipilih untuk memangku jawatan itu pada 2003 sebelum disahkan ke jawatan berkenaan dalam muktamar pada 2005.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menduduki senarai teratas daripada 18 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dengan memperoleh undi tertinggi sebanyak 1,098.

Ketua Pemuda AS bagi penggal lalu, Ahmad Fadhli Shaari pula menjadi muka baharu dipilih ke jawatan tersebut dengan mendapat undi kedua tertinggi sebanyak 1,042.
Sumber : Bernama/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita