Skip to main content

Dunia

Abdul El-Sayed cipta kejutan, menang pemilihan awal Senat Democrat Michigan

Anggaran Waktu Membaca:
Abdul El-Sayed cipta kejutan, menang pemilihan awal Senat Democrat Michigan

Abdul El-Sayed bercakap dalam sidang media di Detroit selepas memenangi pemilihan awal Parti Demokrat bagi kerusi Senat Amerika Syarikat di Michigan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 06 Aug 2026 10:45AM
WASHINGTON: Abdul El-Sayed mencipta kejutan dengan memenangi pencalonan Parti Democrat bagi kerusi Senat Amerika Syarikat di Michigan selepas mengalahkan Anggota Kongres Haley Stevens dalam pemilihan awal yang sengit.

Menurut Associated Press pada Rabu (5 Ogos), Encik El-Sayed akan berdepan mantan Anggota Kongres Republican Mike Rogers dalam pilihan raya pertengahan penggal pada 3 November.

Encik Rogers meraih pencalonan Parti Republican tanpa dicabar.

Kerusi Senat Michigan itu kosong menyusuli persaraan Senator Democrat Gary Peters dan dianggap penting dalam usaha parti tersebut untuk menguasai semula Senat.

Cik Stevens kemudian berkata beliau akan menyokong Encik El-Sayed dalam pilihan raya tersebut.

"(6 Ogos) kita akan mula memulihkan perpaduan dalam parti," kata Encik El-Sayed kepada para penyokongnya sebelum Associated Press mengumumkan kemenangannya.

KEMPEN BERTERASKAN 'MEDICARE UNTUK SEMUA'

Mantan pengarah kesihatan Kaunti Wayne itu berkempen dengan mengetengahkan agenda "Medicare untuk Semua", pembaharuan pembiayaan kempen serta menamatkan bantuan ketenteraan Amerika Syarikat kepada Israel.

Encik El-Sayed meraih sokongan Senator Bernie Sanders dan Anggota Kongres Alexandria Ocasio-Cortez.

Senator Chris Van Hollen berkata keputusan pemilihan itu "seharusnya menjadi peringatan kepada kepimpinan Parti Democrat di Washington".

Cik Stevens, yang sudah berkhidmat selama empat penggal sebagai Anggota Kongres dan mendapat sokongan Encik Peters, memberi tumpuan kepada sektor pembuatan dalam kempennya.

Beliau turut berhujah bahawa dirinya berada dalam kedudukan lebih baik untuk mengalahkan Encik Rogers.
Sumber : Bernama/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita