Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Abbas minta Biden campur tangan hentikan tindakan Israel di wilayah Palestin

Anggaran Waktu Membaca:

RAMALLAH: Presiden Palestin Mahmoud Abbas menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan pentadbirannya campur tangan menghentikan tindakan Israel di wilayah Palestin, terutamanya di Baitulmakdis Timur, lapor Xinhua.

Presiden Abbas membuat permintaan itu pada Khamis (21 Apr) ketika mengadakan pertemuan dengan Pemangku Penolong Setiausaha Negara AS bagi Hal Ehwal Timur Tengah Yael Lambert dan Timbalan Penolong Setiausaha Negara bagi Israel dan Hal Ehwal Palestin Hady Amr, di bandar Ramallah Tebing Barat.

Encik Abbas memberitahu dua wakil AS bahawa "Israel perlu segera menghentikan serangan terhadap rakyat Palestin dan menghormati sepenuhnya undang-undang dan sejarah Masjid Al-Aqsa," lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Presiden Abbas menganggap Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap situasi yang semakin meruncing di wilayah Palestin, terutamanya di Baitulmakdis Timur dan di Masjid Al-Aqsa.

"Keengganan Israel menghentikan tindakan unilateral dan mematuhi perjanjian yang ditandatangani, membenarkan pemimpin Palestin melaksanakan keputusan Majlis Pusat PLO dalam masa terdekat," kata Encik Abbas.

Beliau memberi amaran terhadap peningkatan pencerobohan Israel di bandar, kampung dan kem Palestin, pembunuhan rakyatnya dan "serangan kejam di Tebing Barat, akan membawa kepada akibat lagi buruk."

"Adalah penting mewujudkan persefahaman politik hingga membawa kepada penamatan pendudukan Israel di wilayah Palestin," kata Encik Abbas, sambil menggesa pembukaan semula Konsulat AS di Baitulmakdis Timur.

Dua diplomat tinggi AS itu melawat Israel, Jordan dan Tebing Barat dalam usaha menamatkan ketegangan di Tebing Barat dan Baitulmakdis Timur.

Ketegangan antara Israel dan Palestin memuncak sejak beberapa minggu lalu susulan perayaan Yahudi Passover bertindih dengan Ramadan, bulan suci umat Islam.

Perkarangan Masjid Al-Aqsa merupakan tapak suci bagi umat Islam dan Yahudi.

Sumber : Bernama/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan