Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Abang Viva bantu mangsa banjir Terengganu

Anggaran Waktu Membaca:
MELAKA: Sukarelawan bencana atau lebih dikenali sebagai Abang Viva bergerak menyertai misi bencana banjir ke negeri di pantai timur Malaysia dengan menaiki pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton pada Ahad (18 Dis).

Azwan Omar, 30 tahun, berkata, setibanya di Terengganu kumpulan sukarelawannya terus menjalankan misi menyelamatkan penduduk di kawasan Hulu Terengganu memandangkan pergerakan agak terbatas ke tempat lain kerana banyak kawasan dinaiki air lapor Sinar Harian.

"Kita bersama pasukan bomba telah mengadakan misi menyelamat penduduk di Kuala Berang, Hulu Terengganu yang terjejas banjir," katanya ketika dihubungi pada Isnin (19 Dis).

Tambahnya, menerusi Pertubuhan Gerakan Kebajikan Abang V-Va beliau merancang untuk meneruskan misi menyelamat di Kelantan memandangkan keadaan semakin buruk di negeri itu.

Bagaimanapun katanya, difahamkan beberapa laluan utama ke negeri itu tidak dapat dilalui menyebabkan kumpulannya masih berada di Terengganu ketika ini menurut Sinar Harian.

Jelasnya, misi sukarelawan kali ini agak mencabar dengan hujan berterusan, air deras serta kedalaman air selain berdepan masalah enjin bot yang sukar dihidupkan.

"Selain menyelamat kita turut memberikan bantuan kepada mangsa banjir terjejas melalui sumbangan orang ramai menerusi akaun persatuan kita," ujarnya.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan