'Abang courier' joget sambil hantar bungkusan, cuit hati warganet
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Twitter/ Jllmisai
JOHOR: Zaman kini memang mudah kerana anda tidak perlu bersesak-sesak untuk keluar membeli. Pesan sahaja online dan mereka akan hantar di depan pintu rumah anda.
Namun, ada sesetengah pelanggan yang tidak berpuas hati dengan khidmat penghantaran ini kerana pekerjanya ada yang mencampakkan sahaja barang semasa pelanggan tiada di rumah, lapor SAYS.
Lain pula dengan video yang tular di Twitter baru-baru ini menunjukkan gelagat seorang 'abang courier' berjoget dalam rakaman CCTV semasa menghantar barang pelanggannya.
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang menghantar barang di rumah pelanggannya. Namun, dia tiba-tiba ternampak CCTV yang berada di luar dan terus mengangkat barang tersebut menandakan dia ingin menghantarnya. Lebih melucukan lagi, dia juga berjoget pelbagai tarian yang sempat dirakam oleh CCTV itu.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat abang courier itu.
Video berkenaan meraih lebih 282,000 tontonan dan 10,000 tanda suka di Twitter.
"Selalu penerima yang teruja bila parcel sampai. Ini pula dia hantar dia yang gembira sakan," kata seorang warganet di Twitter.

Sumber : Sumber Web/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.