Skip to main content

Dunia

9.8 juta rakyat Greece keluar mengundi Pilihan Raya Parlimen

Anggaran Waktu Membaca:
ATHENS: Kira-kira 9.8 juta rakyat Greece akan menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada Pilihan Raya Parlimen.

Para pemerhati menjangkakan pertarungan antara penyandang Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis dari parti konservatif Nea Dimokratia (ND) dan ketua parti sayap kiri Syriza, Alexis Tsipras, yang pernah berkhidmat sebagai perdana menteri, lapor Agensi Berita Jerman, dpa.

Menurut tinjauan pendapat, pihak konservatif mendahului persaingan dengan memperoleh kira-kira 35 peratus undi.  

Sebanyak 36 parti bertanding dalam pilihan raya kali ini. Pusat-pusat mengundi dibuka 7.00 pagi (04:00 GMT) pada Ahad dan ditutup 12 jam kemudian.

Keputusan awal dijangka diperoleh pada pukul 8.00 malam.

Bagaimanapun, keputusan kali ini bakal menyaksikan tiada parti dapat meraih lebih 50 peratus undi.

Jika tiada persetujuan pakatan dicapai, pilihan raya penentu dijadual diadakan pada Julai.
Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita