Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

96 Pusat Pemindahan Sementara diaktifkan di Kuala Lumpur & Putrajaya bagi hadapi banjir

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Sebanyak 96 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang mampu menampung lebih 22,000 mangsa banjir di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya sedia diaktifkan sebagai persiapan menghadapi bencana itu sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Mohd Harun berkata ia adalah sebahagian daripada 6,010 PPS di seluruh Malaysia yang berupaya menempatkan lebih 1.6 juta orang yang sedia digerakkan pada musim banjir. 

"JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) memberi fokus kepada empat perkara iaitu perlindungan, makanan, kaunseling dan pendaftaran di PPS.

"Dalam soal penyediaan makanan, penggunaan makanan bungkusan digunakan di PPS sebagai persediaan awal bagi menjamin mutu dan kesegaran serta memastikan sifar bakteria," katanya ketika berucap merasmikan Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan PPS pada Rabu (28 Sep). 

Seramai 250 peserta terdiri daripada warga kerja JKM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pejabat Kesihatan, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Majlis Perwakilan Penduduk menyertai program itu di Pusat Komuniti Sentul sebagai kesiapsiagaan menghadapi bencana. 

Cik Rina berkata program itu bertujuan memberi maklumat dan pendedahan berkaitan pengurusan bencana secara lebih cekap, bersepadu dan berkesan kepada petugas terlibat.

Sebelum ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia dilaporkan mengenal pasti sejumlah 36 kawasan berisiko banjir ataupun 'hotspot' di ibu kota antaranya Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Kampung Kassipilay, Kampung Puah dan Kampung Chubadak. 

Dalam pada itu, Ketua Pengarah JKM  Shaharuddin Abu Sohot ketika ditanya berkenaan persiapan sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan pada musim banjir, berkata pihaknya sedia berunding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pengendalian lokasi memandangkan PPS dan pusat mengundi lazimnya menggunakan tempat yang sama. 

"Belum ada rancangan yang khusus tapi kita akan berunding kalau tempat diperlukan untuk urusan pilihan raya," katanya. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan