Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

927 pegawai, anggota polis mengundi awal bagi PRK Pulai pada 5 Sep

Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: 927 pengundi terdiri daripada pegawai dan anggota polis Malaysia akan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, pada Selasa (5 Sep).

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata terdapat tiga saluran di dua pusat pengundian awal iaitu di Balai Polis Kempas dan Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, yang akan dibuka pada 8.00 pagi.

Beliau berkata tiada alasan bagi mana-mana pegawai atau anggota untuk tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi, justeru, semua warga PDRM yang terlibat perlu melaksanakan hak sebagai pengundi dalam proses demokrasi ini.

“Seramai 927 pegawai dan anggota akan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi esok.

“Kesemua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pengundian awal ini disarankan agar melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan penuh dedikasi dan berhemah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

PRK tersebut diadakan disebabkan kekosongan luar jangka selepas kematian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub, yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, pada 23 Julai lepas.

Bagaimanapun, tiada pengundian awal untuk kerusi DUN Simpang Jeram.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua kerusi tersebut pada Sabtu ini (9 Sep).
 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan