92 anggota militan maut dalam serangan di Balochistan, Pakistan
Anggaran Waktu Membaca:
QUETTA: Sekurang-kurangnya 92 anggota militan maut pada Sabtu (31 Jan) ketika bertempur dengan pasukan keselamatan Pakistan di beberapa bandar di merata wilayah barat daya Balochistan, kata tentera Pakistan.
Pihak tentera dalam kenyataannya menyatakan bahawa 15 anggota keselamatan juga terbunuh semasa anggota militan menyasarkan orang awam di beberapa kawasan, membunuh sekurang-kurangnya 18 orang, termasuk wanita.
Serangan itu dijalankan sehari selepas tentera Pakistan menyatakan ia membunuh 41 anggota militan dalam serbuan berasingan di Balochistan, yang berkongsi sempadan dengan Iran dan Afghanistan, dan berdepan pemberontakan daripada pihak pemisah sepanjang beberapa dekad lalu.
Kumpulan pemisah yang diharamkan, Tentera Pembebasan Baloch itu, mengaku bertanggungjawab atas serangan pada Sabtu, sambil menyatakan bahawa ia melancarkannya secara serentak di merata wilayah itu.
BLA menyatakan pihaknya membunuh 84 anggota keselamatan Pakistan, dan operasi yang sedang dijalankan itu berterusan selama 15 jam.
Sayap media tentera, ISPR, melaporkan serangan itu dilakukan oleh anggota militan yang dibiayai oleh India dan pasukan keselamatan memintas percubaan untuk rampas kawalan mana-mana bandar atau kemudahan strategik.
"Laporan risikan telah mengesahkan dengan jelas bahawa serangan itu dirancang dan diarahkan oleh ketua kumpulan pengganas yang beroperasi dari luar Pakistan, yang berkomunikasi secara langsung dengan pengganas sepanjang kejadian itu," menurut kenyataan itu.
Ia menyatakan serangan itu dilancarkan di Quetta, Mastung, Noshki, Dalbandin, Kharan, Panjgur, Tump, Gwadar dan Pasni.
Menteri Dalam Negeri Pakistan Mohsin Naqvi mengutuk serangan itu dan memuji pasukan keselamatan kerana berjaya memintasnya, sambil menulis dalam kenyataannya bahawa mereka membunuh berpuluh-puluh anggota militan.
Pegawai keselamatan berkata sebilangan lelaki bersenjata melancarkan serangan di beberapa kawasan bandar, termasuk ibu kota wilayah Quetta dan bandar pelabuhan Gwadar, yang mendorong operasi oleh tentera, polis dan unit antipengganasan.
Hospital diletakkan dalam keadaan darurat di beberapa daerah, kata para pegawai.
PEKERJA HIJRAHAN DISASARKAN DI GWADAR
Di Gwadar, anggota militan menyerang sebuah kem yang menempatkan pekerja hijrahan, membunuh 11 orang, kata Atta-ur-Rehman, seorang pegawai kanan polis. Mereka yang terbunuh termasuk lima lelaki, tiga wanita dan tiga kanak-kanak.
Pasukan keselamatan membunuh enam anggota militan di Gwadar selepas mengambil tindakan terhadap serangan terbabit, katanya.
Beberapa pegawai berkata keadaan menjadi kritikal di Noshki, sebuah daerah di Balochistan, selepas anggota militan menculik pentadbir awam tertinggi di kawasan itu. Beliau berkata dalam satu video yang dimuat naik ke media sosial bahawa beliau berada dalam tahanan anggota militan. Reuters belum dapat mengesahkan video itu secara bebas setakat ini.
Beberapa lelaki bersenjata menghadang jalan raya di beberapa bahagian Quetta buat seketika dan satu letupan kedengaran berhampiran kawasan dengan keselamatan ketat, kata pihak berkuasa.
Ini walaupun mereka kemudian berkata keadaan sudah terkawal.
Pegawai keselamatan berkata dalam kiriman teks bahawa pasukannya sudah bertindak balas dengan berkesan terhadap serangan itu dan operasi masih dijalankan.
Balochistan ialah wilayah terbesar tetapi paling miskin di Pakistan dan menghadapi pemberontakan selama beberapa dekad lalu oleh kumpulan Baloch.
Menurut Pakistan, keganasan itu disokong oleh pelaku luar, satu dakwaan yang dinafikan India.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.