Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

916,829 tunai haji tahun ini; 85% warga asing

Pihak berkuasa Arab Saudi mengesahkan bahawa 916,829 jemaah menunaikan ibadah Haji tahun ini, dengan 85 peratus daripada mereka merupakan warga negara asing.

Anggaran Waktu Membaca:
MAKKAH: Pihak berkuasa Arab Saudi mengesahkan bahawa 916,829 jemaah menunaikan ibadah Haji tahun ini, dengan 85 peratus daripada mereka merupakan warga negara asing.

Walaupun sebahagian besar jemaah tidak memakai pelitup atau terlalu menjaga jarak sosial semasa mengerjakan rukun-rukun haji, pihak berkuasa Saudi menyatakan tidak berlaku sebarang pelanggaran langkah keselamatan kesihatan.

Arab Saudi telahpun menetapkan had pada jumlah jemaah tahun ini bagi mencegah penularan COVID-19, dengan kuotanya adalah kurang separuh berbanding sebelum pandemik melanda.

Kesemua jemaah juga wajib lengkap divaksin.
 
Sumber : Agensi berita/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan