Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

9,145 orang dipindahkan di Ukraine dalam tempoh 24 jam

Anggaran Waktu Membaca:
9,145 orang dipindahkan di Ukraine dalam tempoh 24 jam

Gambar: Wojtek RADWANSKI / AFP

ANKARA: Seramai 9,145 orang sudah dipindahkan melalui koridor kemanusiaan di Ukraine dalam tempoh sepanjang 24 jam yang lalu, lapor media Ukraine pada lewat Jumaat (18 Mac).

Sembilan koridor bantuan kemanusiaan dibuka pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu, memetik agensi berita negara Ukraine, Ukrinform.

"Seramai 4,972 orang, termasuk 1,124 kanak-kanak, sudah dipindahkan dari tenggara wilayah Mariupol ke tenggara bandar Zaporizhia," kata Timbalan Ketua Pejabat Presiden Ukraine Kyrylo Tymoshenko dalam aplikasi Telegram.

Sementara itu, 4,173 sudah dipindahkan dari Wilayah Sumy, tambahnya.

Perang Rusia-Ukraine, yang bermula pada 24 Februari lalu, mengundang kecaman antarabangsa dan membawa kepada sekatan-sekatan kewangan ke atas Moscow serta mendorong banyak firma global menarik diri dari Rusia.

Sekurang-kurang 816 orang awam terbunuh dan 1,333 yang lain cedera di Ukraine sejak perang tercetus, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sambil menyatakan angka korban berkemungkinan lebih tinggi.

Lebih 3.27 juta orang juga sudah melarikan diri ke negara-negara jiran, menurut agensi pelarian PBB.

Sumber : Bernama/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan