Skip to main content

Dunia

9 terselamat selepas bot terbalik di Perak

Anggaran Waktu Membaca:
IPOH: Sembilan individu termasuk seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU) dan dua kru bot terselamat apabila bot yang melakukan aktiviti riadah membawa pelancong telah terbalik di Pantai Teluk Batik, Seri Manjung hari ini (28 Ogos).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian melibatkan mangsa pelancong tempatan yang kesemua berusia antara tiga hingga 34 tahun itu pada 10.58 pagi sebelum tiba ke lokasi pada 11.15 pagi tadi.

Beliau berkata dua mangsa didapati lemas iaitu remaja OKU berusia 17 tahun terbabit dan seorang wanita 34 tahun yang telah dibawa naik ke darat oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba, manakala tujuh mangsa yang lain selamat selepas berjaya berenang ke pantai.

"Mangsa lelaki (OKU) yang lemas telah sedar akibat daripada bantuan CPR oleh orang awam sebelum dibawa ke hospital oleh pihak bomba.

"Seorang lagi mangsa iaitu wanita tidak sedarkan diri dirawat oleh anggota Kementerian Kesihatan Malaysia dan didapati mempunyai nadi seterusnya dibawa ke hospital oleh ambulans," katanya dalam kenyataan hari ini.

Encik Sayani berkata operasi tamat pada 12.15 tengah hari.
Sumber : Bernama/AA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita