9 terbunuh dalam serangan tembakan berasingan di Afrika Selatan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Hiasan: TADEU ANDRE / AFP
JOHANNESBURG: Polis sedang memburu suspek selepas sembilan orang ditembak mati dalam serangan tembakan berasingan di Afrika Selatan pada Sabtu malam (16 Jul).
Demikian menurut pihak polis pada Ahad (17 Jul).
Kejadian terbaru tembakan rambang itu berlaku sedang jumlah pembunuhan kejam di negara itu meningkat.
Afrika Selatan mempunyai kadar pembunuhan tertinggi di dunia.
Empat orang ditembak dan dua lagi mangsa cedera di petempatan tidak rasmi Thembelihle di wilayah Gauteng.
Siasatan awal menunjukkan bahawa sekumpulan lelaki sedang bermain dengan dadu di sudut jalan kira-kira pukul 7.30 malam waktu tempatan pada Sabtu (16 Jul) apabila mereka diserang oleh penyerang tidak dikenali, menurut kenyataan pihak berkuasa.
"Empat orang disahkan maut di tempat kejadian pada Sabtu (16 Jul) manakala dua lagi mangsa dibawa ke pusat rawatan perubatan berhampiran selepas mengalami kecederaan," menurut pihak polis.
Kira-kira 20,000 orang dibunuh di Afrika Selatan setiap tahun daripada jumlah penduduk kira-kira 60 juta orang.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.