Skip to main content

Dunia

9 penagih dadah ditembak mati di Kabul

Seorang lelaki bersenjata pada Sabtu (15 Feb) menembak mati sembilan penagih dadah di ibu kota Afghanistan, negara pengeluar candu terbesar di dunia. Keganasan terancang seumpamanya terhadap penagih bagaimanapun amat jarang berlaku di negara yang turut dibelenggu masalah penagihan dadah kronik itu.

Anggaran Waktu Membaca:
9 penagih dadah ditembak mati di Kabul

Gambar fail Kabul, Afghanistan. (Gambar: WAKIL KOHSAR/AFP)

Diterbitkan : 16 Feb 2020 09:26PM Dikemas Kini : 16 Feb 2020 09:28PM

KABUL: Seorang lelaki bersenjata pada Sabtu (15 Feb) menembak mati sembilan penagih dadah di ibu kota Afghanistan, negara pengeluar candu terbesar di dunia. Keganasan terancang seumpamanya terhadap penagih bagaimanapun amat jarang berlaku di negara yang turut dibelenggu masalah penagihan dadah kronik itu.

Motif serangan pada Sabtu malam oleh lelaki bersenjata yang tidak dikenali itu masih tidak diketahui dan pihak polis sedang menjalankan siasatan. Kesemua mangsa sedang tidur itu di kawasan terbuka ketika insiden berlaku dan satu pemeriksaan forensik menunjukkan mereka adalah penyalah guna dadah.

Jurucakap polis Kabul, Ferdaus Faramarz, berkata hasil siasatan mendapati tembakan datang dari arah gunung Qrough.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam terdapat sekitar 2.5 juta penagih dadah di Afghanistan, kebanyakannya penagih heroin, sejenis dadah yang dihasilkan daripada pokok candu yang banyak ditanam di Afghanistan.

Kira-kira 200,000 penagih adalah gelandangan dengan sebahagian besar bertumpu di Kabul dan sering menimbulkan kekecohan dengan penduduk tempatan.

Cuaca musim sejuk yang teruk membunuh sekurang-kurangnya 50 penagih dadah, sejak dua bulan lalu menurut Kementerian Kesihatan Awam.

Afghanistan adalah negara pengeluar candu terbesar di dunia sejak bertahun-tahun lamanya walaupun Amerika Syarikat membelanjakan berbilion dolar sejak 2002 bagi menghentikan penghasilan dan penyalahgunaan narkotik itu.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita