9 pekerja lapangan terbang positif COVID-19, polis Indonesia lancar pengesanan kontak besar-besaran

(Gambar: Juni Kriswanto/AFP)
JAKARTA: Polis Jakarta Barat mempertingkat pengesanan kontak COVID-19 selepas sembilan kakitangan Lapangan Terbang Soekarno-Hatta dijangkiti virus itu, lapor agensi berita ANTARA.
Kesemua pekerja yang disahkan positif COVID-19 itu dilaporkan tinggal di rumah sewa di kawasan Kalideres, Jakarta Barat.
"Pastinya, kami akan menyelia proses ujian dan pengesanan.
Pegawai dan pasukan petugas akan mempercepatkan usaha ini," kata Ketua Polis Jakarta Barat, Ady Wibowo,pada Selasa (4 Jan).
Kira-kira 74 penduduk di kawasan rumah sewa itu sudah menjalani ujian PCR. Buat masa ini mereka sedang mengasingkan diri rumah masing-masing sementara menunggu keputusan ujian.
Pesuruhjaya Wibowo turut menekankan kemungkinan meluaskan lagi ujian kepada lebih ramai lagi orang.
Beliau berharap usaha itu dapat membendung penularan COVID-19 di kawasan Kalideres dan membantu mencegah jangkitan daripada merebak ke kawasan kejiranan lain dan membentuk kelompok baru.
Sementara itu,sembilan pesakit tersebut dibawa ke Wisma Atlet Kemayoran untuk menjalani tempoh pengasingan diri.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.