9 pegawai FRU maut dalam nahas di Teluk Intan, Perak
Sembilan orang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) meninggal dunia menyusuli kemalangan yang melibatkan trak yang mereka naiki dengan sebuah lori, di Teluk Intan, Perak, pada pagi Selasa (13 Mei).

Para mangsa nahas terdiri daripada pegawai rendah polis FRU Sungai Senam, Ipoh. (Gambar: AFP)
Susulan nahas itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kemalangan itu.
Menurut Ketua Polis Perak Noor Hisam Nordin, para mangsa terdiri daripada pegawai rendah polis FRU Sungai Senam, Ipoh.
Pemandu lori, berusia 45 tahun, yang ditahan didapati mempunyai enam rekod jenayah berkaitan narkotik.
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamid berkata siasatan awal mendapati lori berkenaan mengalami kerosakan yang menyebabkan sistem steringnya tidak berfungsi.
Beliau menambah, itu adalah perkara yang tidak akan berlaku jika kenderaan tersebut menjalani pemeriksaan secara berkala.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.