9 negara termasuk Jepun setuju kurangkan kuota tangkapan ikan sanma
Gambar fail nelayan di pasar ikan Hirakata di Kitaibaraki, wilayah Ibaraki, dekat loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi. (Gambar: AFP/File - Toru Yamanaka)
Persetujuan sembilan anggota itu yang juga termasuk Taiwan, Korea Selatan dan Rusia, pada persidangan yang bermula Selasa lalu (14 Apr) di Osaka tidak mencapai cadangan Jepun iaitu pengurangan 10 peratus bagi membantu memulihkan stok ikan sanma yang kehabisan.
Jumlah tangkapan yang dibenarkan merangkumi kawasan termasuk perairan antarabangsa serta zon ekonomi eksklusif (ZEE) Jepun dan Rusia.
Kerajaan Jepun menggesa kuota lebih ketat dilaksanakan di perairan antarabangsa, sambil menukil hasil penangkapan ikan yang tinggi oleh China dan Taiwan.
Suruhanjaya itu turut bersetuju untuk mengurangkan kuota sebanyak 10 peratus pada 2027, menurut agensi berkenaan.
Kuota Jepun pada 2025 berjumlah sekitar 16,000 tan di perairan antarabangsa manakala sejumlah 81,000 tan diperuntukkan untuk Jepun dan Rusia dalam ZEE mereka.
Jepun menangkap kira-kira 64,800 tan ikan pada 2025 di bawah kuotanya namun jumlah tersebut meningkat 1.7 kali ganda daripada tahun sebelumnya apabila Oyashio Current yang kaya dengan nutrien menghampiri Jepun, menurut kementerian itu.
Bagaimanapun, jumlah keseluruhan telah menurun sekitar 80 peratus berbanding (musim) kemuncak terkini pada 2008.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.