Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

9 negara EU suarakan kebimbangan susuli serbuan Israel ke atas NGO Palestin

Anggaran Waktu Membaca:
9 negara EU suarakan kebimbangan susuli serbuan Israel ke atas NGO Palestin

Sebuah sekolah di timur Ramallah pada 12 Ogos 2022, yang akan dirobohkan oleh tentera Israel. (Gambar: Abbas Momani/AFP)

Diterbitkan : 20 Aug 2022 11:33AM Dikemas Kini : 20 Aug 2022 11:34AM

ANKARA: Sembilan negara Kesatuan Eropah (EU) pada Jumaat (19 Ogos) menyuarakan kebimbangan terhadap serbuan Israel ke atas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Palestin pada Khamis (18 Ogos). 

Menerusi satu kenyataan bersama Kementerian Luar Belgium, Denmark, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Belanda, Sepanyol dan Sweden menyatakan pertubuhan awam yang bebas dan kuat amat diperlukan untuk menggalakkan nilai demokrasi dan penyelesaian dua negara.

“Pelibatan NGO yang semakin kurang dan terhad di Wilayah Palestin yang diduduki terus menjadi kebimbangan,” menurut kenyataan itu lapor Agensi Anadolu. 

Israel didakwa tidak memberikan alasan yang kukuh terhadap langkah mereka mengkaji semula dasar ke atas enam NGO Palestin dan menyenaraikan pertubuhan itu sebagai "organisasi pengganas."

"Jika ada bukti yang meyakinkan mengapa tindakan itu diambil kami boleh mengambil tindakan sewajarnya," menurut kenyataan itu.

Pada Khamis (18 Ogos), tentera Israel menyerbu dan mengarahkan penutupan NGO Palestin di bandar Ramallah dan Al-Bireh Tebing Barat. 

Sumber : Agensi berita/BERNAMA/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa