Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

9 monyet bertubuh besar di San Diego disuntik vaksin COVID-19

Sembilan ekor monyet dengan saiz tubuh yang besar di Taman Haiwan San Diego - empat orang utan dan lima monyet jenis bonobo - mencipta sejarah veterinar baru-baru ini sebagai kera pertama di dunia yang disuntik dengan vaksin COVID-19, menurut para pegawai taman haiwan tersebut pada Khamis (4 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
9 monyet bertubuh besar di San Diego disuntik vaksin COVID-19

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 06 Mar 2021 09:24AM Dikemas Kini : 06 Mar 2021 09:27AM

LOS ANGELES: Sembilan ekor monyet dengan saiz tubuh yang besar di Taman Haiwan San Diego - empat orang utan dan lima monyet jenis bonobo - mencipta sejarah veterinar baru-baru ini sebagai kera pertama di dunia yang disuntik dengan vaksin COVID-19, menurut para pegawai taman haiwan tersebut pada Khamis (4 Mac).

Salah satu penerima vaksin itu adalah orang utan betina Sumatera berusia 28 tahun yang diberi nama Karen. Karen sebelum ini menjadi tumpuan utama taman haiwan berkenaan apabila ia menjadi yang pertama daripada spesies itu untuk menjalani pembedahan jantung terbuka pada tahun 1994.

Setiap haiwan itu disuntik dua dos vaksin eksperimen yang pada asalnya dihasilkan untuk anjing dan kucing. Kesemua monyet bertubuh besar itu tidak menunjukkan sebarang tindak balas ketara dan berada dalam keadaan baik, kata jurucakap zoo berkenaan Darla Davis dalam kiriman emelnya kepada Reuters.

Para pegawai zoo meneruskan suntikan vaksin itu kerana bimbang terhadap kebajikan haiwan berkenaan setelah lapan gorila dari Taman Safari Zoo San Diego dijangkiti COVID-19 pada Januari lalu, menjadikannya jangkitan pertama dalam kalangan monyet bertubuh besar.

Lapan ekor gorila itu termasuk seekor gorila jantan berusia 48 tahun bernama Winston yang mengalami radang paru-paru dan penyakit jantung yang kini sedang beransur pulih, kata Cik Davis.

Gorila-gorila itu tidak diberikan vaksin kerana para doktor haiwan mengandaikan bahawa sistem imun tubuh haiwan tersebut sudah menghasilkan antibodi terhadap virus berkenaan. Haiwan-haiwan itu dipercayai dijangkiti COVID-19 dari seorang kakitangan yang tidak mengalami simptom jangkitan COVID-19.

Orang utan dan monyet bonobo yang dipilih bagi vaksinasi adalah antara monyet bertubuh besar di zoo berkenaan yang dianggap paling berisiko dijangkiti virus tersebut dan antara yang paling mudah untuk disuntik vaksin. 

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan