Skip to main content

Dunia

9 maut akibat gempa bumi Iran dekat sempadan Turki

Gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Richter yang melanda barat laut Iran pada Ahad (23 Feb) meragut sekurang-kurangnya sembilan jiwa di negara jiran Turki dan mecederakan puluhan yang lain di kedua-dua sempadan itu, menurut pihak berkuasa. 

Anggaran Waktu Membaca:
9 maut akibat gempa bumi Iran dekat sempadan Turki

Gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Richter yang melanda barat laut Iran 23 Feb 2020 meragut embilan jiwa di negara jiran Turki. (Gambar: Demiroren News Agency (DHA)/AFP)

Diterbitkan : 24 Feb 2020 08:49AM Dikemas Kini : 24 Feb 2020 12:46PM

ISTANBUL: Gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Richter yang melanda barat laut Iran pada Ahad (23 Feb) meragut sekurang-kurangnya sembilan jiwa di negara jiran Turki dan mecederakan puluhan yang lain di kedua-dua sempadan itu, menurut pihak berkuasa.

Pusat berlakunya bencana itu, yang melanda pada 9.23 pagi (waktu tempatan), adalah berhampiran perkampungan Iran Habash-e Olya aitu kurang 10 kilometer dari sempadan tersebut. Demikian menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa bumi itu berukuran sedalam enam kilometer, menurut Pusat Seismologi Universiti Tehran.

Di Turki, sebahagian besar gempa bumi itu dirasakan di kawasan timur Baskale, wilayah Van, dekat sempadan Iran.

Menteri Ehwal Dalam Negeri Suleyman Soylu berkata sembilan orang maut, ketika bercakap kepada para wartawan dari tempat kejadian gempa di Van. Dalam kalangan mangsa yang tewas itu, empat adalah kanak-kanak.

"Sekarang kami tidak mempunyai sebarang warga yang terperangkap di bawah runtuhan," ujarnya.

Gambar-gambar menunjukkan rumah-rumah bata jemur runtuh di beberapa perkampungan yang diselimuti salji di wilayah Van.  

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita