9 maut, 29 cedera dalam letupan di perhimpunan awam selatan Pakistan
Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh manakala 29 lagi cedera dalam letupan yang menyasarkan perhimpunan awam di selatan Pakistan pada Selasa (2 Sep), lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik polis.
Seorang lelaki yang cedera akibat letupan yang menyasarkan satu perhimpunan awam menerima rawatan di Quetta, Pakistan, pada 2 September 2025. (Gambar: REUTERS)
Letupan berlaku di luar sebuah stadium di Quetta, wilayah Balochistan sejurus selepas perhimpunan itu berakhir, menurut polis dan laporan media.
Rakaman televisyen Samaa News menunjukkan orang ramai membantu mengangkat mangsa yang cedera ke dalam van polis dan kenderaan privet.
Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai punca letupan berkenaan.
Perhimpunan itu dianjurkan Parti Kebangsaan Balochistan yang dipimpin mantan Ketua Menteri, Sardar Akhtar Mengal.
Wilayah Balochistan yang kaya dengan hasil mineral termasuk Quetta, sejak sekian lama menjadi lokasi keganasan dengan pasukan keselamatan berdepan pemberontakan berskala rendah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.