Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

9 maut, 28 cedera apabila depoh kontena roboh di Brazil

Anggaran Waktu Membaca:
SAO PAULO: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan seramai 28 yang lain cedera pada Selasa (20 Sep) apabila sebahagian daripada depoh kontena runtuh di Sao Paulo, Brazil.

Menurut pasukan bomba, kejadian berlaku di bandar Itapecerica da Serra, di depoh milik Multiteiner, sebuah syarikat yang menjual dan memajak kontena kepada perniagaan yang mengeksport barangan.

Kira-kira 64 pekerja berkumpul di depoh itu apabila platform runtuh, menurut jurucakap bomba Luciana Soares, sambil menambah bahawa para pekerja penyelamat sedang berusaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan tersebut, lapor agensi berita Xinhua.

Kejadian berlaku ketika dua calon timbalan pengerusi, Jones Donizette dan Ely Santos, melawat kemudahan itu dalam satu kempen menjelang pilihan raya 2 Oktober.

"Ketika mereka mengucapkan selamat tinggal kepada pekerja, sebahagian daripada struktur konkrit pecah dan mereka terperangkap dalam runtuhan itu," kata pasukan media calon-calon itu di media sosial.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan