Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

9 maut, 100 cedera dalam rempuhan stadium bola sepak El Salvador

Anggaran Waktu Membaca:
RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya sembilan maut dan kira-kira 100 lagi cedera dalam insiden rempuhan di stadium bola sepak di El Salvador, lapor Agensi Berita Jerman, dpa, memetik akhbar tempatan La Prensa Gráfica pada Sabtu (20 Mei).

Menurut laporan, mangsa yang maut terdiri tujuh lelaki dan dua wanita.

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran stadium Cuscatlán di San Salvador, dengan sekurang-kurangnya dua cedera parah, menurut polis El Salvador di Twitter. 

Susulan itu, perlawanan antara FC Alianza dan CD FAS dibatalkan dan anggota penyelamat bertungkus lumus menyelamatkan mangsa. 

Akhbar itu melaporkan bahawa penyokong mengadu stadium sudah sesak dan ramai lagi masih menunggu untuk masuk.

"Hanya dua pintu dibuka di stadium dan mereka yang berada di luar stadium tetap mahu masuk, menyebabkan berlaku rempuhan...," kata seorang peminat bola sepak.

Rempuhan itu menyebabkan kanak-kanak dan warga emas mengalami sesak nafas.
Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan