Skip to main content

Dunia

9 maut, 1.5 juta penduduk bergelap akibat Riley

New York, New Jersey dan Massachusetts paling teruk terjejas apabila ribut kencang Riley membadai timur laut Amerika Syarikat pada hujung minggu.

Anggaran Waktu Membaca:
9 maut, 1.5 juta penduduk bergelap akibat Riley

Ombak yang kelihatan di Massachusetts sekoran ribut Riley. (Gambar: SCOTT EISEN/AFP)

Diterbitkan : 05 Mar 2018 05:15PM Dikemas Kini : 05 Mar 2018 05:20PM

MASSACHUSETTS: New York, New Jersey dan Massachusetts paling teruk terjejas apabila ribut kencang Riley membadai timur laut Amerika Syarikat pada hujung minggu.

Sekurang-kurangnya sembilan orang terkorban, manakala 1.5 juta penduduk bergelap akibat terputus bekalan elektrik.

Gabenor Massachusetts yang melawat kawasan paling teruk terjejas semalam mengisytiharkan keadaan kecemasan.

Hampir suku juta penduduk di negeri itu terputus bekalan elektrik dan sebahagian negeri ditenggelami air.

Khidmat kaji cuaca memberi amaran akan berlaku lebih banyak banjir.

Bencana itu turut menyebabkan lebih 3,000 penerbangan dibatalkan dan kira-kira 3,000 lagi ditangguhkan.

Sumber : AFP/NU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita