Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

9 lelaki direman berhubung pencemaran kimia Pasir Gudang

Seramai sembilan lelaki ditahan reman berhubung kejadian pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang, Johor Bahru.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Mar 2019 07:33PM Dikemas Kini : 18 Mar 2019 11:47PM

JOHOR BAHRU: Seramai sembilan lelaki ditahan reman berhubung kejadian pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang, Johor Bahru.

Menurut Ketua Polis Malaysia Mohamad Fuzi Harun, dua orang ditangkap di Johor manakala tujuh lagi di luar Johor.

Dalam pada itu, 119 mangsa kes pencemaran sisa toksik itu sudah dibenarkan keluar dari dua buah hospital di Johor.

Ini membawa jumlah mereka yang masih dirawat di hospital menyusuli pencemaran kimia di Sungai Kim Kim itu kepada 29 orang.

Menurut pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sekitaran dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal, empat orang masih lagi berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Dalam satu kenyataan hari ini (18 Mac), beliau berkata 30 pasukan dari kementerian alam sekitar Malaysia akan dikerahkan untuk memantau mutu udara di 42 buah sekolah dalam lingkungan lima hingga sembilan kilometer dari sungai Kim Kim yang tercemar.

Sebuah jawatankuasa bertindak khas juga akan dibentuk bagi menyiasat dan memantau contoh air kolam-kolam ternakan ikan di sekitar kawasan tersebut.  

Sumber : Bernama/NF/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan